Khamis, 10 Mac 2016

Daun Rerama Plus Belalai Gajah

Tahukah anda Daun Belalai Gajah?

Daun Belalai Gajah atau dikenali dengan nama saintifik Clinacanthus Nutans merupakan bahan yang amat dikenali dalam bidang perubatan sebagai pain killer.  Daun Gajah ini pernah tersiar dalam dokumentari oleh Jabatan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) serta Persatuan Penghidap Kanser (MAKNA) merupakan salah satu alternatif terbaik untuk merawat penyakit kanser, terutama kanser payu daya, kanser rahim, kanser prostat, kanser resdung, kanser mulut, hepatitis, leukemia, anemia dan ketumbuhan dalam perut.

Daun Belalai Gajah juga dikenali sebagai pencuci tubuh kerana ia dapat membuang segala kesan dari ubat-ubatan dan sisa dadah dalam tubuh badan.  Daun ini juga mengandungi litinan iaitu ubat anti kanser juga sebagai terami imun dan menguatkan antibodia dan merawat DNA.  Bagi pengidap penyakit kanser sudah tentu berita ini amat mengembirakan dan memberi harapan baru untuk menceriakan kehidupan yang kian suram.

Pokok Daun Belalai Gajah

Daun Belalai Gajah ini juga dikenali sebagai Daun Kelar Ular kerana dipercayai berkhasiat sekiranya terkena gigitan ular dan serangga.  Menurut kepercayaan orang Cina, ular tidak berani masuk ke dalam rumah jika daun ini disimpan di dalam rumah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan