Selasa, 12 April 2016

Neutrax Penyelesaian Segala Impian dan Harapan

12 April 2016 (Selasa)

Hari ini Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Ceramah Kesihatan yang bertajuk Kanser dan Anda.  Ceramah kesihatan itu disampaikan oleh seorang anak muda yang bernama Mohamad Redza yang merupakan seorang penyelidik nutrisi dan mempunyai banyak pengetahuan tentang nutrisi dan khasiat untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Encik Reza menyatakan walaupun beliau banyak pengetahuan tentang nutrisi dan khasiat untuk menyembuhkan penyakit tetapi kesilapan  beliau  ialah beliau  tidak pernah untuk membuat pemeriksaan kesihatan dirinya sendiri.  Ini adalah kerana beliau telah dikesan mempunyai penyakit kanser tahap 4.  

Beliau pernah dimasukkan ke hospital kerana keadaannya yang kritikal ketika itu dan doktor juga menyatakan hayatnya tidak lama.  Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya, apabila beliau sedar dari koma selepas tiga hari,  beliau telah mengamalkan pemakanan yang sihat dan memakan makanan yang mempunyai nutrisi yang boleh merawat penyakitnya itu.  Beliau bersyukur kepada Allah, kerana disamping doa dan pemakanan yang mempunyai nutrisi yang boleh merawat penyakitnya dan ia sembuh sehingga kini.

Encik Redza memaklumkan khasiat nutrisi tidak sama pada setiap orang kerana tubuh badan manusia tidak sama.  Sebab itu, kita perlu tahu tentang diri kita sendiri seperti jenis darah yang kita miliki, alahan yang sering kita hadapi dsbnya. 

Dalam ceramah tersebut, Encik Redza menerangkan tentang produk Neutrax Original iaitu minyak kelapa yang diperbuat daripada hasil ekstrak terbaik dari  Cultured Coconut Extract (CCE) 
‘buah kelapa’ dengan Bio-Lipopeptide. Ia dibuat melalui proses penapaian microaerophilic yang maju menggunakan santan terpilih dengan teliti, cara yang terbaik serta diambil pada tempoh matang tertentu.

Neutrax dengan Bio-Lipopeptide telah melalui proses fementasi mikroaerofilik berteknologi tinggi di mana penyelidikan dan beberapa siri ujian terhadap Neutrax telah dijalankan di Makmal berteknologi tinggi di San Francisco USA.  Kajian mendapati Neutrax mengandungi Asid Laurik yang tinggi di mana ianya selalu ditemui di dalam susu ibu.  Asid Laurik yang terkenal dalam membantu meningkatkan tenaga dan imuniti, mengawal atur hormon, menstabilkan kadar gula dan meningkatkan proses penyembuhan sel.  Asid Laurik juga berupaya menurunkan kadar kolesterol tidak baik yang sangat merbahaya kepada kesihatan manusia.  Neutrax adalah "NaturalWonder" atau Keajaban Semulajadi yang sangat bermanfaat kepada tubuh badan manusia.  Neutrax adalah 100% semulajadi tidak mengandungi sebarang bahan kimia.

Ekstrak Minyak Kelapa 

Neutrax Original bertindak 3 cara dalam menangani masalah di dalam tubuh kita.
  • Membersih
  • Memulih
  • Mengurus

Rabu, 16 Mac 2016

Kapsul Daun Belalai Gajah dan Daun Durian Belanda

Buah Durian Belanda
Durian belanda atau nama saintifiknya dipanggil Annona muricata L. Ia dinamakan sedemikian kerana memiliki duri lembut pada kulitnya.
Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia pula dikenali dengan nama Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). 
Buahnya boleh dimakan dan rasanya masam-masam bercampur manis dan sekarang ia digemari untuk diminum dicampur dengan susu dan ais.  Buah durian belanda mempunyai duri yang lembut dan tidak berbau. 
Ramai yang tidak tahu bahawa daun dan buah durian belanda mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden. 

Penduduk di banjaran Andes membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong, cirit birit dan demam. 


Bagi suku orang asli di Guyana, mereka mengatasi pelbagai penyakit seperti kencing manis, masalah jantung dan penyakit hati dengan membuat serbuk teh daripada daunnya. Mereka juga mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh dengan mendapatkan minyak daripada daun yang masih muda. 


Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita suku ini digalakkan memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.   Selain daripada itu ia juga dijadikan sebagai ubat malaria dan ulser perut. 

Dari segi perubatan moden, kajian mendapati bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai anti bakteria, anti kanser, anti tumor, astrigen dan penyakit saraf. 







Buah durian belanda ini sukar untuk ditemui kerana tidak ramai yang menanamnya di rumah.  Penanaman secara komersial juga belum begitu meluas.  Ada juga restoran dan kedai makan menjual jus buah durian belanda ini, tetapi dicampur dengan susu dan gula untuk menambahkan keenakan buah durian belanda ini.

Untuk dikongsi bersama kawan-kawan, Bio Prima telah mengeluarkan produk  daun belalai gajah plus daun durian belanda dalam bentuk kapsul. Setiap kotak mempunyai 60 kapsul.  Dengan adanya dalam bentuk kapsul, bagi memudahkan anda untuk menyimpannya dan menggunakan walau di mana jua.  Harga di pasaran cuma RM60.00 dan mampu milik.  Dengan harga yang mampu milik anda akan memperoleh kesihatan yang cemerlang.  Tiada yang lebih baik dengan mempunyai tubuh badan yang sihat....


Daun Belalai Gajah plus Daun Durian Belanda dalam bentuk kapsul

Khamis, 10 Mac 2016

Daun Rerama Plus Belalai Gajah

Tahukah anda Daun Belalai Gajah?

Daun Belalai Gajah atau dikenali dengan nama saintifik Clinacanthus Nutans merupakan bahan yang amat dikenali dalam bidang perubatan sebagai pain killer.  Daun Gajah ini pernah tersiar dalam dokumentari oleh Jabatan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) serta Persatuan Penghidap Kanser (MAKNA) merupakan salah satu alternatif terbaik untuk merawat penyakit kanser, terutama kanser payu daya, kanser rahim, kanser prostat, kanser resdung, kanser mulut, hepatitis, leukemia, anemia dan ketumbuhan dalam perut.

Daun Belalai Gajah juga dikenali sebagai pencuci tubuh kerana ia dapat membuang segala kesan dari ubat-ubatan dan sisa dadah dalam tubuh badan.  Daun ini juga mengandungi litinan iaitu ubat anti kanser juga sebagai terami imun dan menguatkan antibodia dan merawat DNA.  Bagi pengidap penyakit kanser sudah tentu berita ini amat mengembirakan dan memberi harapan baru untuk menceriakan kehidupan yang kian suram.

Pokok Daun Belalai Gajah

Daun Belalai Gajah ini juga dikenali sebagai Daun Kelar Ular kerana dipercayai berkhasiat sekiranya terkena gigitan ular dan serangga.  Menurut kepercayaan orang Cina, ular tidak berani masuk ke dalam rumah jika daun ini disimpan di dalam rumah.