Rabu, 16 Mac 2016

Kapsul Daun Belalai Gajah dan Daun Durian Belanda

Buah Durian Belanda
Durian belanda atau nama saintifiknya dipanggil Annona muricata L. Ia dinamakan sedemikian kerana memiliki duri lembut pada kulitnya.
Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia pula dikenali dengan nama Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). 
Buahnya boleh dimakan dan rasanya masam-masam bercampur manis dan sekarang ia digemari untuk diminum dicampur dengan susu dan ais.  Buah durian belanda mempunyai duri yang lembut dan tidak berbau. 
Ramai yang tidak tahu bahawa daun dan buah durian belanda mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden. 

Penduduk di banjaran Andes membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong, cirit birit dan demam. 


Bagi suku orang asli di Guyana, mereka mengatasi pelbagai penyakit seperti kencing manis, masalah jantung dan penyakit hati dengan membuat serbuk teh daripada daunnya. Mereka juga mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh dengan mendapatkan minyak daripada daun yang masih muda. 


Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita suku ini digalakkan memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.   Selain daripada itu ia juga dijadikan sebagai ubat malaria dan ulser perut. 

Dari segi perubatan moden, kajian mendapati bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai anti bakteria, anti kanser, anti tumor, astrigen dan penyakit saraf. 







Buah durian belanda ini sukar untuk ditemui kerana tidak ramai yang menanamnya di rumah.  Penanaman secara komersial juga belum begitu meluas.  Ada juga restoran dan kedai makan menjual jus buah durian belanda ini, tetapi dicampur dengan susu dan gula untuk menambahkan keenakan buah durian belanda ini.

Untuk dikongsi bersama kawan-kawan, Bio Prima telah mengeluarkan produk  daun belalai gajah plus daun durian belanda dalam bentuk kapsul. Setiap kotak mempunyai 60 kapsul.  Dengan adanya dalam bentuk kapsul, bagi memudahkan anda untuk menyimpannya dan menggunakan walau di mana jua.  Harga di pasaran cuma RM60.00 dan mampu milik.  Dengan harga yang mampu milik anda akan memperoleh kesihatan yang cemerlang.  Tiada yang lebih baik dengan mempunyai tubuh badan yang sihat....


Daun Belalai Gajah plus Daun Durian Belanda dalam bentuk kapsul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan