12 April 2016 (Selasa)
Hari ini Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Ceramah Kesihatan yang bertajuk Kanser dan Anda. Ceramah kesihatan itu disampaikan oleh seorang anak muda yang bernama Mohamad Redza yang merupakan seorang penyelidik nutrisi dan mempunyai banyak pengetahuan tentang nutrisi dan khasiat untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Encik Reza menyatakan walaupun beliau banyak pengetahuan tentang nutrisi dan khasiat untuk menyembuhkan penyakit tetapi kesilapan beliau ialah beliau tidak pernah untuk membuat pemeriksaan kesihatan dirinya sendiri. Ini adalah kerana beliau telah dikesan mempunyai penyakit kanser tahap 4.
Beliau pernah dimasukkan ke hospital kerana keadaannya yang kritikal ketika itu dan doktor juga menyatakan hayatnya tidak lama. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya, apabila beliau sedar dari koma selepas tiga hari, beliau telah mengamalkan pemakanan yang sihat dan memakan makanan yang mempunyai nutrisi yang boleh merawat penyakitnya itu. Beliau bersyukur kepada Allah, kerana disamping doa dan pemakanan yang mempunyai nutrisi yang boleh merawat penyakitnya dan ia sembuh sehingga kini.
Encik Redza memaklumkan khasiat nutrisi tidak sama pada setiap orang kerana tubuh badan manusia tidak sama. Sebab itu, kita perlu tahu tentang diri kita sendiri seperti jenis darah yang kita miliki, alahan yang sering kita hadapi dsbnya.
Dalam ceramah tersebut, Encik Redza menerangkan tentang produk Neutrax Original iaitu minyak kelapa yang diperbuat daripada hasil ekstrak terbaik dari Cultured Coconut Extract (CCE)
‘buah kelapa’ dengan Bio-Lipopeptide. Ia dibuat melalui proses penapaian microaerophilic yang maju menggunakan santan terpilih dengan teliti, cara yang terbaik serta diambil pada tempoh matang tertentu.
Neutrax dengan Bio-Lipopeptide telah melalui proses fementasi mikroaerofilik berteknologi tinggi di mana penyelidikan dan beberapa siri ujian terhadap Neutrax telah dijalankan di Makmal berteknologi tinggi di San Francisco USA. Kajian mendapati Neutrax mengandungi Asid Laurik yang tinggi di mana ianya selalu ditemui di dalam susu ibu. Asid Laurik yang terkenal dalam membantu meningkatkan tenaga dan imuniti, mengawal atur hormon, menstabilkan kadar gula dan meningkatkan proses penyembuhan sel. Asid Laurik juga berupaya menurunkan kadar kolesterol tidak baik yang sangat merbahaya kepada kesihatan manusia. Neutrax adalah "NaturalWonder" atau Keajaban Semulajadi yang sangat bermanfaat kepada tubuh badan manusia. Neutrax adalah 100% semulajadi tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
Ekstrak Minyak Kelapa |
Neutrax Original bertindak 3 cara dalam menangani masalah di dalam tubuh kita.
- Membersih
- Memulih
- Mengurus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan